Bersedia Dan Rela Membantu Rakan Yang Memerlukan Bantuan Tanpa Mengira Agama, Bangsa, Kedudukan, Perlakuan Dan Fizikal.
Menjadi rakan yang peka terhadap perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
Sebagai khidmat sokongan, anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain.
Sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, anda perlu sentiasa ingat dan patuh pada etika PRS iaitu;
Amanah dan menyimpan rahsia.
Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
Memahami batasan dan keupayaan diri.
Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
Melaporkan kepada Kaunselor Sekolah tentang kes yang boleh merosakkan diri sendiri atau orang lain.
Merujuk kes rumit kepada kaunselor sekolah.
Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat dan agama.